wElcOme

aSsaLamuaLaikum Readers... wElcOme tO my bL0g. tHanks visit my bLog. dOne reAd, dOnt forgEt t0 Like yea n f0llOw me to0 =)

Friday 23 September 2011

Kepada yang still SiiNGLE.


AssaLamualaikum


Jumaat dtg lari, diri ku msih sndri d sini mnnti kn putera impian dtg mnjmput..acewaaah ehhehhe..ngada kn... aku sja nk kongsi entri ni ngn korg....klo minat ley lew bca n leave u'r komen ok.... klo x suka jgn baca okeeh =)
Kepada yang masih single.

Cinta ibarat kupu-kupu. Makin korang kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila korang biarkan ia terbang, ia akan menghampiri di saat korang tak menduga. Cinta mampu membahagiakan tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila korang berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya. Ayat jiwang kan? Tapi memang betul lah. Cinta itu, kalau dikejar, memang dapat yang entah apa-apa. Cuba kalau korang tengah seronok hidup single, asyik ada je orang yang pujuk rayu. betul3 hehehe

Kepada yang ragu-ragu dengan pernikahan.

Cinta bukannya mencari seseorang yang SEMPURNA, tapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan diri korang sempurna. Kepada playboy/playgirl, jangan cakap "Aku Cinta Padamu" bila korang betul-betul tak peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tak ada dalam diri. Jangan sentuh hidup seseorang bila korang hanya berniat nak main-main saja. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang korang lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta dengan korang, sedangkan korang langsung tak berniat langsung untuk menerimanya saat ia terjatuh.

Kepada yang patah hati.

Sakit, luka, hancur, patah hati.. Bertahan selama korang menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam korang membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya. Gagal sekali dalam sesuatu perhubungan, tak bermakna tidak boleh teruskan hidup baru.

Kepada yang belum pernah jatuh cinta.
Ada lagi ke manusia yang belum pernah jatuh cinta? Macam mana kalau jatuh cinta? Nak jatuh, jatuhlah! Tapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsi tapi jangan tak adil. Cuba untuk memahami tapi bukan bermakna tak boleh meminta apa-apa. Bersedia untuk terluka dan menderita, tapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang betul-betul dialami.

Kepada yang ingin menguasai.
Hati korang patah tengok orang yang korang cintai sedang berbahagia dengan orang lain, tapi akan lebih sakit lagi bila mengetahui orang yang korang cinta langsung tidak pernah bahagia dengan korang.

Kepada yang takut mengakui.
Cinta menyakitkan bila korang putuskan hubungan dengan seseorang. Tapi, lebih sakit lagi bila seseorang yang memutuskan hubungan dengan korang. Tapi, cinta paling menyakitkan adalah bila orang yang korang cintai langsung tidak mengetahui perasaan korang terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan mencintai seseorang yang telah pergi.
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila korang bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh korang dan korang telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

p/s: Single best tapi kadang-kadang sunyi bila tak ada sesesorang yang istimewa dalam hidup kita. Okay fine! Aku jealous bila BFF ada bf/gf. Aku? Still macam ni. Hanya menunggu masa yang sesuai. Nak kata still sayang dia? Aku sendiri pun tak tahu apa yang ada dalam hati aku. Still confuse dengan perasaan sendiri. buntu!! yang aku tahu aku yg salah dlm perhubungan. melepaskan insan yg terlalu syg kn aku adalah 1 kesilapan.. tp aku trpaksa wahai kekasih. aku harap kau faham, keputusan aku utk insan yg lebih bermakna, juga demi kebaikan kta bersama. Yang aku mampu lakukan sekarang hanya menunggu ketentuan takdir. Malas dah fikir pasal cinta ni. aku harap ada hikmah di sebalik kejadian.. semoga aku diberi ketabahan amiin~
sekian......

10 comments: