Assalammualaikum
Pe khabar uollsss hehehe..cik ayuse dtg nie..hmm
dah lama tak berbelOg n tiba2 muncuL dgn mo0d ciNtan cintun plak..errgg!! gatal kn,kn..teett nO komen.. xpe korang layan je erk..aku tgh xde keje kt opis sbnarnye ni huhu..
bkn crita cintan aku sgt sbnarnya, but crita kta sbgai mnusia normal ye..hehe.. okeh! go to the our tOpic~
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk tabah mencintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang
perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi
percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi
lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang
bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada
seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..Apabila
perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda
rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..Apabila
perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak
mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan
cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak
kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau
sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang
diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik
untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan
merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan
wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang
boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan
jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir
dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan
kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila
berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan
kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu
sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang
kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di
matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan
menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu
melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan
terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan
berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda
pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu
tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal
perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi
anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah
menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi
dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak
lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan
mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi
hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia
didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan
untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah
yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik
untuk anak2 anda

*kredit 2 mmber fr0m fB
No comments:
Post a Comment